zaman sekarang kalau betul betul terdesak dan nak minta tolong atau kalau orang nak minta kita tolong pun terpaksa fikir dua tiga kali...sebabnya mudah saja...masyrakat termasuk kita dah hilang kepercayaan terhadap seseorang walaupun kenalan terdekat...sudahnya orang yang betul-betul memerlukan pertolongan atau kalau kita sendiri pun yang harus ditolong akan teraniaya....
situasi begini memang menyedihkan namun apakan daya...masing masing punya alasan dan masing masing antara kita harus mengambil sikap berhati-hati takut niat nak tolung sebaliknya kita pula yang terkena....
petang tadi selepas solat zuhur dekat masjid terlihat seorang pakcik yang nampak macam dalam kegelisahan...dia beri salam kat aku...lalu aku tanya datang dari mana sebab nampak macam bukan orang tempatan...lalu dia tunjukkan salinan report polis....
ceritanya begini...malam tadi pakcik ni baru balik dari USM Kubang Kerian melawat anaknya.
Sampai di pam minyak petronas Keroh kereta dia buat hal....datang tiga orang lelaki yang kononnya nak tolong pakcik ni fixed that car......tanpa pakcik ni sedar wallet yang diletakkan dalam kereta dah hilang....dia syak malaun tiga ekor tadi laa yang kidnapped wallet dia...adusss dia dah panik...tapi hari dah malam..sudahnya dia tidur dalam kereta menunggu esok hari...lepas hantar kereta ke bengkel dia terus buat report polis...(tapi aku termusykil jugak kenapa report tu dibuat di balai polis Baling..kenapa tak Keroh jer..)
dalan salinan report tu aku baca butiran reportnya...tercatat alamat dah butiran peribadinya...
melihat pada salinan report tu rasa macam original...
ok la dah selesai die cerita...aku dan beberapa jemaah yang masih ada kat situ simpati laa kat dia...lepas tu depa blah...tapi aku tak sampai hati pulak nak blah mcm tu je..dalam hati berperang dengan beberapa persoalan..kalau betul apa yang berlaku memang naya laa pakcik ni.. duit dah takde tinggal rm 7 dalam poket...dia sendiri tunjuk kat aku..aku tanya dah makan ker...memang belum laaa...tapi aku tertanya jugak bagaimana dia boleh sampai kat sini dari keroh ke baling pas tu kat masjid ni yang jauhnya kira2 7km dari pekan baling...dia kata dia datang sini utk pi ke pejabat umno tapi depa tak layan die... tiada peruntukkan untuk kes macam dia...last2 dia datang la masjid ni...hmmmmm....whatever laaa...so aku cakap dgn dia aku tak boleh nak kasi duit kat dia walaupun hati kesian...last2 aku ajak dia makan...aku tanya dia takde kawan ke yang boleh dia mintak tolong...dia kata dah call tapi nanti kawan dia call balik....
masa tengah makan sembang laa pasai family dia...boleh tahan jugak anak2 dia 2 org kerja kat oversea..sorang buat master kat usm....hmmmm logik juge kalau dia tak mintak kat anak dia...dia kata dia dah [pencen dekat 4 tahun dah last jawatan lebih kurang pengarah bahagian apa ntah aku dah lupa kat JKR....tertanya lagi dlam hati kalau pengarah takkan laaa tak de kawan yang boleh diharap...setakat nak pinjam rm 300 untuk kos baiki kereta...aku curiga gakkk betul ke pakcik nihhh....last2 aku kata kat dia aku boleh tolong dia beli tiket bas kalau dia nak balik...sebab nanti dah sampai rumah baru pikir apa tindakan yang sepatutnya dia ambil...alih-alih dia kata dia taknak balik lagi sebab nak tunggu kawan dia call...sebab nak terus ambik kereta...aku pun malas nak sembang lagi terus aku bagi dia rm50..dengan harapan duit tu dapat tolong dia sedikit sebanyak...aku ikhlas kerana Allah kalau dia betul-betul berdepan dengan musibah tapi kalau dia tipu...wallahu'lam..tawakkal je pada Allah hanya dia yang mengetaui apa yang tidak aku ketahui...
so kepada pakcik tu aku doakan semoga dia terlepas daripada musibah yang dihadapi dan dapat kembali ke rumah dengan selamat....yang lain lain terserahlah pada Yang Maha Esa....