Friday, April 2, 2010

NILAI GURU KINI


kata ilmuan..guru ibarat sungai mengalir merentas dimensi masa...sungai di masa lalu adalah nadi kehidupan menjadi pusat tumpuan sama ada untuk memenuhi keperluan hidup atau kadang kala berfungsi sebagai tempat rekreasi komuniti...dalam filem-filem melayu lama sering dipaparkan adengan-adengan teruna dara bercanda dan usik-mengusik di tepian sungai...sungai adalah tempat tumpu masyarakat kerana sungai dilihat memenuhi sebilangan besar keperluan masyarakat..sungai sulu-dulu mengalir jernih tanpa pencemaran, penghilang dahaga musafir di jalanan .Begitulah ibarat guru dulu-dulu...istimewanya kedudukan guru dulu2 sehingga dalam satu masyarakat gurulah imam, gurulah ayam tambatan pasukan bolasepak kampung, gurulah seniman gurulah..itu gurulah ini...tolaklah ke mana sahaja...ke tengah ke tepi... guru sentiasa ada tempatnya dalam masyarakat.


Kini keadaan jauh berbeza...ibarat sebatang sungai mengalir lesu.... kini apa lagi yang mampu kita bangga dengan sebatang sungai lesu mengalir penuh lumpur dan keladak mengapungkan sisa-sisa buangan kilang dan najis-najis berapungan hanyut meloyakan dan manyakitkan pandangan mata....sungai di mata masyarakat tidak lebih hanya sebagai melukut di tepi gantang..ada tidak menambah.. tiada tidak mengurang.Cabaran seorang guru hari ini jauh lebih mencabar berbanding guru dulu2...karenah anak murid..ibu bapa malah bidang keguruan sendiri semakin menekan dan menenggelamkan nilai seorang guru di mata masyarakat...itulah cabaran seorang guru dalam masyarakat hari ini...tepuk dada tanyalah hati di mana dan bagaimana peranan kita untuk mengubah senario kelunturan nilai seorang guru...Lalu terfikir sendirian..mencari punca kelunturan nilai guru masa ini...satu jawaban yang mungkin benar pada pengamatan tanpa kajian...Materialistik itulah punca sebenar kelunturan nilai guru masa ini...Nilai Kebendaan/materialistik yang menjadi pegangan dan pandangan sebilangan besar masyarakat kita hari ini menghakis segala nilai dan kedudukan guru di mata masyarakat...Berlumba-lumbalah setiap seorang daripada kita menambah kekayaan dan kedudukan bagi memastikan kita menguasai ruang dan kedudukan yang selesa dan meletakkan kita ditempat yang boleh dikagumi dan disanjungi...Dalam hal ini tak terkecuali guru-guru sendiri ikut terjebak dalam arus meterialistik yang mengalir laju menghakis segala nilai kemanusiaan yang dipegang selama ini satu persatu...jangan hairan dengan iklan " gurupun boleh memandu BMW"..guru menjadi top leader dalam jualan jenama tupperware...hal ini memang realiti..tidak hairanlah kerana arus materialistik telah mengalir hatta ke sekolah-sekolah...

Sentuhan Kemanusiaan?...satu lagi punya kelunturan nilai guru masi ini berlaku disebabkan kurang sentuhan kemanusiaan..teringat aku waktu-waktu dialam persekolahan sekolah rendah dahulu....kalau sakit kepala aku lebih senang jumpa ustazah sebab aku tahu ustazah akan memicit kepalaku dan memberi segelas milo suam.....selesa dan terasa bagai dibelai ibu sendiri..(terima kasih ustazah)..kalau tak lulus ujian cikgu matematik dan english aku yang brutal tu akan memulakan aksi libas pari yang sangat mencemaskan..hahhahaha kesannya aku tak mahu gagal...itulah sentuhan...tidak dinafikan murid hari ini semakin pandai berdasarkan keputusan akademik yang sering meningkat dalam peperiksaan awam(keputusan politik?)namun nilai sentuhan kemanusiaan pada pandanganku semakin pupus....bayangkan murid yang datang kerana sakit atau pening dilarang untuk guru mengambil tindakan sendiri melainkan terus merujuk hal tersebut kepada pihak hospital.. memang ada rasionalnya...kalau murid tak lulus ujian guru hanya bisa tersenyum dan membebel ringan takut terjejas emosi pelajar...huhuhu...kalau rotan jatuh ke kulit pelajar hmmm siaplah ibi bapa akan ke sekolah. maka kedengaranlah dialog" Saya pun tak pernah pukul anak saya tau"...alahai...harus bagaimana lagi guru boleh lakukan melainkan 'what ever will be...will be....'



Bila ledakan ict berlaku sekali lagi peranan guru mula mengecil dalam kebergnatungan murid kepada guru...alhamdulillah namun nilai sentuhan daripada seorang guru terhadap muridnya juga semakin mengurang...lantas hubungan dan jalinan perasaan antara guru dan mula mula menjarak dan akhirnya guru dan murud hanya berhubungan atas hal-hal fizikal tanpa melibatkan hubungan kejiwaan...kasih murid kepada guru jangan ditagih..kelas yang tak diajari murid langsung tak kenal guru walaupun di sekolah yang sama...ucapan assalamualaikum hanya untuk guru yang diminati...kalau tak faham, di rumah ada internet boleh cari maklumat sendiri...guru di sekolah hanyalah pengasuh anak-anak yang ditinggalkan mak bapak yang bekerja....

begitulah nilai seorang guru kini....

No comments: