Wednesday, April 14, 2010

................Realiti atau Mimpi...............






Cubaku capai buku dan sempatlah menatap beberapa helaian sebelum entah bila aku telah beralih ke dimensi lain dalam santai tengah hari itu.....seingat-ingat aku tiba-tiba sahaja aku telah berada di sebuah tapak pesta...aku dan family seronok menghabiskan masa bersama melewati gerai dan tempat-tempat pertunjukan...kemudian kami berpecah tanpa sebarang sebab tapi aku tak risau sebab aku tahu mereka masih di tapak pesta tersebut dan aku meladeni kehendak hatiku sendiri...tiba-tiba ku lihat anakku yang sulung berlari- lari di gerai-gerai mainan dan aku segera mendapatkannya..kami menghabiskan masa bersama sehinggalah kami singgah di satu gerai desserts..kat situ pelbagai jenis manisan yang sedap-sedap di jual..anakku mula memilih makanan kesukaannya dan aku membiarkan saja..aku memeriksa wang dalam simpananku...alamak ada la dalam rm 7 atau lebih sikit...aku mula cuak bila melihat banyak sekali dia memilih kuih-kuih untuk dibeli...tapi aku hanya berkata-kata sendirian dalam hatiku dan aku tak risaupun walau melihat duitku mungkin tak cukup untuk bayar jumlah makanan yang dibelinya....makanan dibungkus dan anakku mengikut pelayan kedai tersebut ke kaunter bayaran.....kepalaku ligat memikirkan dimana dapatku ambil sedikit duit lagi kalau-kalau jankaanku terhadap harga makanan itu melebihi duit yang aku ada benar....lalu aku keluar dari premis itu dan berlari tanpa tujuan tapi aku tahu akan ada tempat aku boleh mendapatkan sedikit duit..entahlah walaupun keadaan macam terdesak peliknya aku macam tak risau dan tak begitu cemas....di perjalanan aku melihat sebuah rumah..agak-agak aku masih di kawasan yang sama..tetiba muncul tuan rumah yang aku kenal...hmmm cukup kenal sebab hari-hari jumpa dia di masjid.Orangnya mudah tersenyum dan die mempelawa aku singgah di rumahnya...Tanpa berlengah aku masuk ke rumahnya dan terkejut juga sebab dalam rumah itu aku menemui abangku dan keluarganya...kami berbual-bual..seingat-ingat aku dalam perbualan itu aku meminta sedikit wang daripadanya...dia setuju dan aku sangat senang dan mengajaknya ke pesta tersebut..die bersetuju untuk pergi bersama-sama...aku menyatakan hasratku pada tuan rumah untuk mengerjakan solat...die menunjukkan tempat solat dan aku mula bersolat..bila aku mula berdiri di atas sejadah dua orang budak perempuan yang aku agak anak tuan rumah mendekati dan berdiri di sebelah kiriku....aku meneruskan solat....kedua-dua budak perempuan tadi terus-terusan merenung dan memerhatikan aku..aku memberi tumpuan kepada solatku.. aku tak dapat meneruskan bacaan ku dalam solat..kerana terus diperhatikan kedua-dua budak perempuan tadi.dalam hati aku menjadi geram dan marah kepada kedua-dua budak perempuan itu..namun kuteruskan jua solatku lidah menjadu kelu dan pelut terasa menitik akibat mengagahi dan memaksa lidahku menyebut baca-bacaan dalam solatku..aku tak berdaya dan aku tidak berupayat menperdengarkan bacaan-bacaannya...tuan rumah menyedari situasiku lalu melaungkan selawat nabi dan zikir-zikir..Dia bersungguh-sungguh seperti membantuku agar aku dapat meneruskan bacaan dalam solatku.

kedengaran jelas ditelingaku...aku masih tak berdaya...mataku melihat pandangan di jendela di depanku...aku melihat barisan pohon-pohon mawar yang mengeluarkan kuntum-kumtumnya cantik sekali..ada yang kelihatan agak luar biasa pohon mawar tumbuh diatas dahan pokok mangga.. Aku terpegun melihat kekudusan kelopak-kelopak mawar yang baru mula berkembang itu...namun segera kuingat dan kugagahi untuk meneruskan solatku..budak-budak perempuan itu masi terus-terusan berada di kiri dan merenungiku...di sebelah kananku Sahabat yang ku kenali tadi terus memberi semangat dengat melaungkan zikir dan selawat...Lidahku masih kelu dan aku teasa peluhku mula matitik atu persatu...lalu aku memberhentikan solatku lalu aku mengangkat sejadah dah melibaskan ke muka kedua-dua budak perempuan itu...aku memarahinya dan maminta maaf kepada tuan rumah yang ku kenali itu...terus aku mengambil sejadah tadi lalu ke
bilik lain untuk bersolat lagi..pelu masih membasahi dan aku tiba-tiba terasa kakiku amat kebas dan tanganku juga terperosok di bawah badanku....memenag badanku berpeluh-peluh dek kepanasan...aku membuka mata...Ya Allah aku bermimpi rupanya...aku beristigfar dan bangkit lalu termenung sendirian...mengimbas kembali pengalaman pelik yang ku alami dalam mimpi tadi...hmmmm terfikir apakah begini saat sakaratul maut yang baru ku dengar daripada kuliah ustaz Zurin semalam....Ya Allah betapa ngarinya menghadapi saat itu...ujian pasing besar dalam keimanan apabila menghadapi saat-saat terakhir nyawa bercerai dari badan..jasad akan terpisah dengan roh...tuhanku selamatkanlah aki dari fitnah sakaratul maut....wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keredhaan-Nya...

No comments: