Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Walau apapun panggilan yang diberikan padanya, namun hakikatnya dialah sekujur jasad yang terlalu banyak menabur jasa sepanjang kita melewati takah-takah kehidupan hingga ke saat dimana kita berada kini. Usah mendabik dada menyatakan bahawa segala apa yang kita capai dalam hidup kita sebagai hasil usaha kita tanpa mengaitkan sekelumitpun kejayaan itu dengan insan yang satu ini. Dialah IBU....dialah yang menjadi perantara kewujudan kita di alam maya ini.. dialah yang menanggung segala kepayahan dan kelelahan demi memastikan kita bahagia

No comments: