hmmmm....masuk je bulan syawal maka beraya la kita umat Islam...alhamdullilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya dapat kita menjalani ibadah puasa penuh sebulan sepanjang ramadhan..betapa kami merindui ramadhan yang baru saja berlalu..semoga bisa ketemu lagi dengan bulan yang mulia ini beberapa kali lagi sebelum Dia menjemput kita pulang...
Sana sini raya..raya...raya, tak salah beraya tapi kita di Malaysia ni dah jadi satu trend...puasa sebulan mesti raya sebulan..kadang kadang raya punya raya tak sempat nak ngabiskan puasa6 syawal..maklumlah jemputan aidil fitri penuhsebulan...alahaii termasuklah yang menulis...tapi insyaAllah aku takkan larut dalam budaya yang melampau ni....bagiku persederhana lebih baik dalam segala-gala hal..i'll stick with that matter....anyway kalau org jemput ke rumah terbuka it's ok...apa salahnya...makan free rezeki jangan ditolak..kecuali hari tu dah azam nak puasa...hari ini sambutan raya kat sekolah...makan lagi tapi bagus gak sebabhari ni sambutan dibuat sekali ngan majlis bacaan Yassin bagi pelajar-pelajar SPM dan PMR..at least ada juga pengisian yang bermakna...semoga anak-anak didiku diberi kemudahan dan ketenangan oleh Allah ketika menjawab soalan peperiksaan nanti...
Talking about raya..hmmm remind me to mykampung laaa...rasa tak puas raya ngan ayah dan bonda adik2 ...kalau pasal raya part ni la paling best yet so touching....tapi bila mengenangkan "dia"...hatiku tiba2 jadi shadu,rindu pada"nya"tak pernah padam..forever as long as i live.....tuhanku kau maha mengetahui apa yang ada dalam hati dan perasaanku...kau maha mengetahui apa-apa yang aku tidak ketahui..doaku sentiasa kupanjatkan padamu agar kau pelihara diri ini senantiasa....semuanya akan binasa melainkan zatMu yang akan kekal buat selama-lamanya...
No comments:
Post a Comment