Friday, April 16, 2010

Antara senyum dan muncung...




Kekadang pelik memikirkan perkara ni...ceritanya begini...pagi tadi datang lewat sikit ...mesin perakam waktu/punch card dah merah laaaa...baru ambil kad nak punch..tercegat kelibat satu makhluk Allah yang sangat tidak menyenangkan untuk ditatapi....dengan muka masam...(muncung tak payah cerita laa....memang fitrah wanita)....renungan tajam tapi tersirat makna yang mengerikan..kalau bisa diterjemah bahasa renungannya lebih kurang begini laaa
"ni pasal apa lewat ni...?....ingat boleh datng sesuka hati ke...kenapa orang lain boleh datang awal..kenapa you tak boleh"
hahah lebih kuang begitu laaa...itu bab datang lewat...logik laaa jugak kalau dialong begitu terhambur keluar .....sebenarnya bukan pasal tu aku nak cerita ni.. tapi pasal perlukah berubah penampilan dan personaliti bila dah naik pangkat atau menjawat jawatan yang lebih tinggi....perlukah bermuka masam sepanjang masa kecuali bila ada sesuatu kerja atau perkara nak disuruh buat baru muka manis senyum sampai ke telinga....dulu pernah jadi pekerja biasa sama jawatan..sebab depa lebih senior maka rezeki depa laa naik pangkat dahulu..senior laa katakan ..tapi yang tak syok terus saja cara dan personaliti berubah...tak berapa friendly dan pilih-pilih keadaan untuk duduk dan bersembang-sembang
agak-agak akula mugkin depa terpaksa kot..sebab kalau friendly sangat nanti orng bawah tak respect pulak...masalahnya kami dah tau laaa siapa dan macam mana perangai die sebelumnya..itu yang masalahnya...kalau naik pangkat terus ke tempat kerja berbeza takpa la kira bertuah laa sebab boleh mula personaliti baru tapi kalau kat tempat sama rasa-aku tak payah la nak hipokrit...tapi entah laaa kalau satu hari aku jugak berada dalam "kasut" depa what should i do....

Wednesday, April 14, 2010

................Realiti atau Mimpi...............






Cubaku capai buku dan sempatlah menatap beberapa helaian sebelum entah bila aku telah beralih ke dimensi lain dalam santai tengah hari itu.....seingat-ingat aku tiba-tiba sahaja aku telah berada di sebuah tapak pesta...aku dan family seronok menghabiskan masa bersama melewati gerai dan tempat-tempat pertunjukan...kemudian kami berpecah tanpa sebarang sebab tapi aku tak risau sebab aku tahu mereka masih di tapak pesta tersebut dan aku meladeni kehendak hatiku sendiri...tiba-tiba ku lihat anakku yang sulung berlari- lari di gerai-gerai mainan dan aku segera mendapatkannya..kami menghabiskan masa bersama sehinggalah kami singgah di satu gerai desserts..kat situ pelbagai jenis manisan yang sedap-sedap di jual..anakku mula memilih makanan kesukaannya dan aku membiarkan saja..aku memeriksa wang dalam simpananku...alamak ada la dalam rm 7 atau lebih sikit...aku mula cuak bila melihat banyak sekali dia memilih kuih-kuih untuk dibeli...tapi aku hanya berkata-kata sendirian dalam hatiku dan aku tak risaupun walau melihat duitku mungkin tak cukup untuk bayar jumlah makanan yang dibelinya....makanan dibungkus dan anakku mengikut pelayan kedai tersebut ke kaunter bayaran.....kepalaku ligat memikirkan dimana dapatku ambil sedikit duit lagi kalau-kalau jankaanku terhadap harga makanan itu melebihi duit yang aku ada benar....lalu aku keluar dari premis itu dan berlari tanpa tujuan tapi aku tahu akan ada tempat aku boleh mendapatkan sedikit duit..entahlah walaupun keadaan macam terdesak peliknya aku macam tak risau dan tak begitu cemas....di perjalanan aku melihat sebuah rumah..agak-agak aku masih di kawasan yang sama..tetiba muncul tuan rumah yang aku kenal...hmmm cukup kenal sebab hari-hari jumpa dia di masjid.Orangnya mudah tersenyum dan die mempelawa aku singgah di rumahnya...Tanpa berlengah aku masuk ke rumahnya dan terkejut juga sebab dalam rumah itu aku menemui abangku dan keluarganya...kami berbual-bual..seingat-ingat aku dalam perbualan itu aku meminta sedikit wang daripadanya...dia setuju dan aku sangat senang dan mengajaknya ke pesta tersebut..die bersetuju untuk pergi bersama-sama...aku menyatakan hasratku pada tuan rumah untuk mengerjakan solat...die menunjukkan tempat solat dan aku mula bersolat..bila aku mula berdiri di atas sejadah dua orang budak perempuan yang aku agak anak tuan rumah mendekati dan berdiri di sebelah kiriku....aku meneruskan solat....kedua-dua budak perempuan tadi terus-terusan merenung dan memerhatikan aku..aku memberi tumpuan kepada solatku.. aku tak dapat meneruskan bacaan ku dalam solat..kerana terus diperhatikan kedua-dua budak perempuan tadi.dalam hati aku menjadi geram dan marah kepada kedua-dua budak perempuan itu..namun kuteruskan jua solatku lidah menjadu kelu dan pelut terasa menitik akibat mengagahi dan memaksa lidahku menyebut baca-bacaan dalam solatku..aku tak berdaya dan aku tidak berupayat menperdengarkan bacaan-bacaannya...tuan rumah menyedari situasiku lalu melaungkan selawat nabi dan zikir-zikir..Dia bersungguh-sungguh seperti membantuku agar aku dapat meneruskan bacaan dalam solatku.

kedengaran jelas ditelingaku...aku masih tak berdaya...mataku melihat pandangan di jendela di depanku...aku melihat barisan pohon-pohon mawar yang mengeluarkan kuntum-kumtumnya cantik sekali..ada yang kelihatan agak luar biasa pohon mawar tumbuh diatas dahan pokok mangga.. Aku terpegun melihat kekudusan kelopak-kelopak mawar yang baru mula berkembang itu...namun segera kuingat dan kugagahi untuk meneruskan solatku..budak-budak perempuan itu masi terus-terusan berada di kiri dan merenungiku...di sebelah kananku Sahabat yang ku kenali tadi terus memberi semangat dengat melaungkan zikir dan selawat...Lidahku masih kelu dan aku teasa peluhku mula matitik atu persatu...lalu aku memberhentikan solatku lalu aku mengangkat sejadah dah melibaskan ke muka kedua-dua budak perempuan itu...aku memarahinya dan maminta maaf kepada tuan rumah yang ku kenali itu...terus aku mengambil sejadah tadi lalu ke
bilik lain untuk bersolat lagi..pelu masih membasahi dan aku tiba-tiba terasa kakiku amat kebas dan tanganku juga terperosok di bawah badanku....memenag badanku berpeluh-peluh dek kepanasan...aku membuka mata...Ya Allah aku bermimpi rupanya...aku beristigfar dan bangkit lalu termenung sendirian...mengimbas kembali pengalaman pelik yang ku alami dalam mimpi tadi...hmmmm terfikir apakah begini saat sakaratul maut yang baru ku dengar daripada kuliah ustaz Zurin semalam....Ya Allah betapa ngarinya menghadapi saat itu...ujian pasing besar dalam keimanan apabila menghadapi saat-saat terakhir nyawa bercerai dari badan..jasad akan terpisah dengan roh...tuhanku selamatkanlah aki dari fitnah sakaratul maut....wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keredhaan-Nya...

Friday, April 2, 2010

NILAI GURU KINI


kata ilmuan..guru ibarat sungai mengalir merentas dimensi masa...sungai di masa lalu adalah nadi kehidupan menjadi pusat tumpuan sama ada untuk memenuhi keperluan hidup atau kadang kala berfungsi sebagai tempat rekreasi komuniti...dalam filem-filem melayu lama sering dipaparkan adengan-adengan teruna dara bercanda dan usik-mengusik di tepian sungai...sungai adalah tempat tumpu masyarakat kerana sungai dilihat memenuhi sebilangan besar keperluan masyarakat..sungai sulu-dulu mengalir jernih tanpa pencemaran, penghilang dahaga musafir di jalanan .Begitulah ibarat guru dulu-dulu...istimewanya kedudukan guru dulu2 sehingga dalam satu masyarakat gurulah imam, gurulah ayam tambatan pasukan bolasepak kampung, gurulah seniman gurulah..itu gurulah ini...tolaklah ke mana sahaja...ke tengah ke tepi... guru sentiasa ada tempatnya dalam masyarakat.


Kini keadaan jauh berbeza...ibarat sebatang sungai mengalir lesu.... kini apa lagi yang mampu kita bangga dengan sebatang sungai lesu mengalir penuh lumpur dan keladak mengapungkan sisa-sisa buangan kilang dan najis-najis berapungan hanyut meloyakan dan manyakitkan pandangan mata....sungai di mata masyarakat tidak lebih hanya sebagai melukut di tepi gantang..ada tidak menambah.. tiada tidak mengurang.Cabaran seorang guru hari ini jauh lebih mencabar berbanding guru dulu2...karenah anak murid..ibu bapa malah bidang keguruan sendiri semakin menekan dan menenggelamkan nilai seorang guru di mata masyarakat...itulah cabaran seorang guru dalam masyarakat hari ini...tepuk dada tanyalah hati di mana dan bagaimana peranan kita untuk mengubah senario kelunturan nilai seorang guru...Lalu terfikir sendirian..mencari punca kelunturan nilai guru masa ini...satu jawaban yang mungkin benar pada pengamatan tanpa kajian...Materialistik itulah punca sebenar kelunturan nilai guru masa ini...Nilai Kebendaan/materialistik yang menjadi pegangan dan pandangan sebilangan besar masyarakat kita hari ini menghakis segala nilai dan kedudukan guru di mata masyarakat...Berlumba-lumbalah setiap seorang daripada kita menambah kekayaan dan kedudukan bagi memastikan kita menguasai ruang dan kedudukan yang selesa dan meletakkan kita ditempat yang boleh dikagumi dan disanjungi...Dalam hal ini tak terkecuali guru-guru sendiri ikut terjebak dalam arus meterialistik yang mengalir laju menghakis segala nilai kemanusiaan yang dipegang selama ini satu persatu...jangan hairan dengan iklan " gurupun boleh memandu BMW"..guru menjadi top leader dalam jualan jenama tupperware...hal ini memang realiti..tidak hairanlah kerana arus materialistik telah mengalir hatta ke sekolah-sekolah...

Sentuhan Kemanusiaan?...satu lagi punya kelunturan nilai guru masi ini berlaku disebabkan kurang sentuhan kemanusiaan..teringat aku waktu-waktu dialam persekolahan sekolah rendah dahulu....kalau sakit kepala aku lebih senang jumpa ustazah sebab aku tahu ustazah akan memicit kepalaku dan memberi segelas milo suam.....selesa dan terasa bagai dibelai ibu sendiri..(terima kasih ustazah)..kalau tak lulus ujian cikgu matematik dan english aku yang brutal tu akan memulakan aksi libas pari yang sangat mencemaskan..hahhahaha kesannya aku tak mahu gagal...itulah sentuhan...tidak dinafikan murid hari ini semakin pandai berdasarkan keputusan akademik yang sering meningkat dalam peperiksaan awam(keputusan politik?)namun nilai sentuhan kemanusiaan pada pandanganku semakin pupus....bayangkan murid yang datang kerana sakit atau pening dilarang untuk guru mengambil tindakan sendiri melainkan terus merujuk hal tersebut kepada pihak hospital.. memang ada rasionalnya...kalau murid tak lulus ujian guru hanya bisa tersenyum dan membebel ringan takut terjejas emosi pelajar...huhuhu...kalau rotan jatuh ke kulit pelajar hmmm siaplah ibi bapa akan ke sekolah. maka kedengaranlah dialog" Saya pun tak pernah pukul anak saya tau"...alahai...harus bagaimana lagi guru boleh lakukan melainkan 'what ever will be...will be....'



Bila ledakan ict berlaku sekali lagi peranan guru mula mengecil dalam kebergnatungan murid kepada guru...alhamdulillah namun nilai sentuhan daripada seorang guru terhadap muridnya juga semakin mengurang...lantas hubungan dan jalinan perasaan antara guru dan mula mula menjarak dan akhirnya guru dan murud hanya berhubungan atas hal-hal fizikal tanpa melibatkan hubungan kejiwaan...kasih murid kepada guru jangan ditagih..kelas yang tak diajari murid langsung tak kenal guru walaupun di sekolah yang sama...ucapan assalamualaikum hanya untuk guru yang diminati...kalau tak faham, di rumah ada internet boleh cari maklumat sendiri...guru di sekolah hanyalah pengasuh anak-anak yang ditinggalkan mak bapak yang bekerja....

begitulah nilai seorang guru kini....