Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Walau apapun panggilan yang diberikan padanya, namun hakikatnya dialah sekujur jasad yang terlalu banyak menabur jasa sepanjang kita melewati takah-takah kehidupan hingga ke saat dimana kita berada kini. Usah mendabik dada menyatakan bahawa segala apa yang kita capai dalam hidup kita sebagai hasil usaha kita tanpa mengaitkan sekelumitpun kejayaan itu dengan insan yang satu ini. Dialah IBU....dialah yang menjadi perantara kewujudan kita di alam maya ini.. dialah yang menanggung segala kepayahan dan kelelahan demi memastikan kita bahagia

Thursday, May 6, 2010

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul......


"Sesungguhnya mata boleh saja menangis, hati mungkin saja berduka lara, namun mulut hanya menyatakan perkara yang diredhai oleh Ilahi. Kalaulah bukan kerana janji yang benar, tempat kembali yang sempurna dan akhirat yang pasti datang setelah berlalunya alam dunia, ...Pasti kami sudah mendapati hal yang paling berat dengan pemergianmu. Sungguh kami amat berduka keranamu."
Hadis riwayat ibnu Majah, bukhari dan muslim.