
ramadan tahun ni agak sederhana dari segala segi...tapi tetap bersyukur kerana dengan izin dan inayahNya aku masih diberi kesempatan berada di bulan yang penuh barakah ini bersama-sama mukmin lain untuk sama-sama menjalani ibadah puasa...kebetulan tahun ini anak yang sulung dah mula bersekolah dan setakat ni masih bersemangat menjalani ibadah puasa...alhamdulillah..semoga Allah terus memberinya kekuatan dan ketabahan...bagi aku puasa kali ini menjadikan aku semakin banyak berfikir tentang puasa-puasa yang lepas2..kalau dulu setakat berpuasa tanpa memahami hakikat puasa namun kali ini kefahaman tentang indahnya ibadah ini semakin terasa dan alhamdulillah nikmat dan keasyikan berpuasa semakin mendamaikan.....keasyikan melayani rasa lapar...rasa letih dan mengantuk adalah sebahagian keindahan berpuasa..Tadarus? 5 hari pertama ramadan sempat menghabiskan 1 juzuk sehari namun dipertengahan ramadan mula memintas dan aku semakin perlahan dek keletihan...mungkin roh al Quran masih belum mantap sepenuhnya menyebabkan rasa keghairan meneruskan momentum bacaan semakin perlahan.....hari masih jauh berbaki...insyaAllah dengan izin dan rahmatNya aku mampu khatam dalam bulan ramadan....kalau tak terpaksa diteruskanke bulan seterusnnya....