
YEAR 2010
Alhamdulillah dapat juga kukumpulkan kekuatan untuk menulis sedikit catatan pada tahun baru ni....masa memang terlalu mendesak seakan akan 24 jam sehari tidak pernah cukup untuk melunaskan pelbagai tugasan...syukur kepada-Nya yang memberi kesempatan ini.. Tahun 2010 bermula dengan sedikit keterujaan kerana rutin hidup kini akan sepenuhnya berubah bila putera sulungku mula melangkah ke alam persekolahan....masya Allah bagai tak percaya pengalaman yang pernah kulalaui sewaktu mula menjengah ke alam persekolahan dulu akan dilalui oleh putera sulungku seterusnya....melihat dalam dirinya seakan-akan mengimbau semula memori ayah dan mak menghantar aku ke sekolah beberapa puluh tahun dahulu...seketika aku tersenyum sendirian bila mendengar celotehnya tentang hari yang dilalui pada hari pertama persekolahan...anakku sememagnya engkau mendapat segala keperluan secukupnya mengikut kemampuan yang aku miliki sekarang...alhamdulillah...ayah dulu seingat-ingatku banyak kekurangan namun tidak aku merasai semua itu dek keterujaan memasuki alam persekolahan yang sememangnya sangat ku tunggu-tunggu....biarpun hari-hari ke sekolah seterusnya dengan hanya berjalan kaki ....letihnya tidak pernah kurasai...engkau anakku bermula dari anak tangga pertama dari rumah hingga ke muka pintu sekolah ku hantar dengan kereta...enak lagi engkau diulit mimpi dalam perjalanan ke sekolah di ladeni hembusan pendingin hawa.....betapa besarnya perbezaan nikmat zaman persekolahan mu dengan ayah dahulu...kekadang terfikir adakah anak-anak zaman kini terlalu dilimpahi kesenangan lantas mereka semakin jahil akan erti kesusahan..segala-gala yang diminta akan tertunai tanpa perlu bersusah payah....entahlah namun semua ibu bapa mungkin mahukan anak2 mereka tidak merasai pengalaman susah mereka sewaktu waktu dulu....padaku bukan niat untuk memanjakan mereka..harus kita akui zaman kita jauh berbeza dengan zaman mereka....terutama dari aspek keselamatan....waktu ini ramai ibu bapa seboleh-bolehnya hanya melepaskan tangan anak2 mereka bila melepasi sempadan pagar sekolah setelah diyakini anak2 batul-betul telah selamat sampai di sekolah...dipertengahan jalan ke sekolah pelbagai musibah mungkin menunggu dan hal inilah yang selalu menghantui para ibu bapa.... Annaku abah tidak kisah lelah sekalipun menghantarmu ke sekolah kerana aku yakini di sana pelbagai pengalaamn yang akan mendewasakanmu menanti untuk diterokai....gali dan laluilah setiap detik waktu di alam persekolahan kerana kelak setiap ruang dan waktu yang kau lalui akan memberi seribu nilai sentimental bila kelak kau sedah dewasa....doaku kepada ynag Esa agar jalan-jalan yang kau lalui dalam takah-takah menimba ilmu akan dipermudahkan olehNYa...Amin ya rabbal alamin